Pages

Friday, 29 November 2013

TOTOK WAJAH CARA ALTERNATIF

Totok wajah ialah teknik pemijatan di bahagian wajah dengan penekanan kepada titik aura wajah dan melancarkan peredaran darah di sekitar wajah. Teknik ini mula diperkenalkan di negeri Cina bagi melancarkan peredaran darah di bahagian wajah dan menjadi amalan untuk mengekalkan awet muda. Amalan menotok wajah dapat menyegarkan seseorang dan mengurangkan penyakit yang biasa dialami di sekitar wajah dan kepala terutamanya migrain.

Totok-wajah-2
Gambar: rumahcantikmela.wordpress.com

Kelebihan menotok wajah:
  • Menjadikan otot-otot wajah kenyal dan anjal
  • Merangsang sirkulasi darah membuatkan wajah menjadi segar dan bersih
  • Merangsang regenerasi kulit wajah
  • Meredakan sakit kepala, ketegangan dan lelah

totok wajah 3
Totok wajah merupakan alternatif kepada amalan botox kerana ia dapat menegangkan kulit muka, mengurangkan kendur serta garis halus pada wajah. Yang pastinya ia dilakukan secara semula jadi tanpa perlu menggunakan suntikan. Efek dari menotok wajah juga akan membuatkan kamu kagum dengan teknik ini.
sumber http//www.eh.com
Semakan Gred Kakitangan 2014
Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Berita baik yang Berita Semasa terima apabila bermula Januari 2014 , kalangan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) akan terima kenaikan gaji naik 2014. Tahniah Berita Semasa ucapkan. Semoga kenaikan gaji kali ini terus memberikan semangat dan motivasi kepada kumpulan ini untuk terus berkerja keras bagi selepas ini. Tetapi….
Tetapi bagaimana pula dengan skim pelaksana yang lain? Ramai kalangan kakitangan awam & penjawat awam yang tertanya-tanya mengapa mereka masih dilihat tercicir dalam kenaikan gred? Terkini….
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjangkakan yang mana Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 akan selesai sekitar bulan Mei atau Jun 2014 kelak yang mana Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 kali ini akan melibatkan 100 skim perkhidmatan yang akan mula dijalankan kajian dan semakan gaji serta gred bermula Januari 2014 ini.

Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Harapan Penjawat Awam?

“Seperti pelaksanaan kajian sebelum ini, ia turut dirunding bersama pihak berkepentingan termasuk Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, CUEPACS, Majlis-majlis Bersama Kebangsaan dan kesatuan pekerja,” katanya selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013, di sini
Sebelum ini dalam ucapannya, Ali berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Bajet 2014 mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik sektor awam, selain menambah baik laluan kerjaya serta mudah alihan penjawat awam.
Menurutnya, penambahbaikan membabitkan 613,743 penjawat awam dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya sudah memberi taklimat berasingan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia kementerian, agensi persekutuan dan negeri, CUEPACS serta kesatuan penjawat awam mulai 22 Oktober 2013 lalu.
“Ketua Jabatan diminta segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan,”katanya.
“Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, ia tertakluk kepada 30 hari daripada tarikh pekeliling perkhidmatan dikeluarkan,” katanya.
Sumber : Bernama Malaysia
Semoga ianya menjadi kenyataan dan bersyukur atas limpah rahmat-Nya. Oleh itu, apa harapan & cadangan kalangan kakitangan awam bagi Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 kali ini?
 
Blogger Templates